Wednesday, 17 August 2011

di kAla kEsEdihAn...

BISMILLAH...




Maksudnya: 
“Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

Dikala aku kesedihan, dengan kuasa-Nya yg Maha Mengetahui, petunjuknya sampai kepadaku. Dan ingin aku berkongsi sesuatu di sini..Bacalah..Perginya insan tercinta  dan Penawar Merawat Kesedihan
Terima kasih kepada sahabat2ku kerana memberi kata-kata semangat. Alhamdulillah masih ada yg sudi bersamaku..

Ya Allah, sekiranya aku bersalah keatas hamba-Mu, ampunilah aku,
dan sekiranya hamba-Mu bersalah ke atasku, berilah peluang untuknya,
untuk menjadi hamba yang mendapat keredhaan dan kebahagiaan dari-Mu.
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui tentang sesuatu.
Amin..

Sumber lain: Google Images, I Luv Islam
 

No comments:

Post a Comment